Friday, April 16, 2010

Tidak boleh lari dari Tanggungjawab!!

Salam rindu dan perjuangan,

Kini, tidak ada ibadah yang lebih utama melainkan usaha membebaskan masyarakat daripada kekeliruan dan perhambaan yang telah berakar umbi dalam jiwa. Segala ciri kekufuran dan jahiliyah yang begitu lama ditanam dalam pemikiran dan jiwa harus dibersihkan agar yang haq dapat bertapak dengan mudah. Untuk matlamat ini, Islam memerlukan du’at(pendakwah-pendakwah) yang bertaqwa di segenap penjuru dunia Islam. Du’at yang tidak mugkin akan meningglakn perjuangan mereka hingga ke akhir hayat.

Sejarah telah membuktikan bahawa para pejuang dan du’at yang seperti inilah sahaja yang dapat berkhidmat untuk Islam di sepanjang hayat mereka dan mengembalikan Islam ke tempat yang adil. Sejarah sentiasa berulang dan akan berulang lagi. Sejarah akan menyaksikan bahawa kesungguhan, kebijaksanaan, kegigihan, dan ketekunan melaksanakan dakwah dimiliki oleh mereka yang faham dan menerima hakikat kebenaran serta kekuatan Islam.


Allah SWT adalah Pengatur, Pencipta, dan Pemilik alam ini. Allah yang mempunyai kerajaan yang besar dan bahagian-bahagian kerajaan-Nya yang tiada batasan. Dia telah mencipta manusia di satu bahagian alam yang disebut ‘bumi’. Makhluk manusia ciptaan-Nya dilengkapi dengan kemampuan berfikir. Diberikan –Nya ilham untuk membezakan antara yang haq dan yang batil. Diberikan-Nya berbagai-bagai kebebasan dalam mencapai kehendak dan kemahuan seizin-Nya. Diberikan-Nya kekuasaan untuk mengulangi urusan menurut kesukaannya seizain-Nya. Diberikan-Nya kedudukan sebagai khalifah di bumi.

Oleh yang sedemikian manusia tidak boleh lari dan tidak wajar melarikan diri daripada tugas yang Allah taklifkan. Sewaktu Allah memberikan kedudukan yang penting kepada manusia di bumi , telah ditanzilkan ke dalam lubuk hati manusia pengertian-pengertian berikut :

1) Bahawa Aku(Allah) Rabbmu dan Rabb seluruh alam ini. Aku Penciptamu dan Pencipta alam ini. Aku Pengaturmu dan Pengatur alam ini. Di dalam KerajaanKu ini janganlah kamu lepas bebas dan bertindak sesuka hatimu. Janganlah kamu menjadi hamba kepada yang lain selain daripada Aku. Aku berikan kepadamu bermacam-macam kebebasan di dunia ini hanya untuk suatu waktu tertentu sahaja. Setelah waktu itu berakhir kamu akan kembali kepada-Ku dan Aku akan perikasa setiap apa yang kamu lakuakan. Aku akan berikan keputusan siapa berjaya dan siapa yang gagal. Ingatlah, sebaik-baik jalan yang kamu perlu lalui di dunia ialah jalan di mana kamu mengambil Aku sebagai Rabbmu yang Tunggal. Jalan dimana kamu hidup menurut petunjuk-Ku. Jalan di mana kamu benar-benar sedar bahawa dunia adalah medan ujian dan matlamatmu yang hakiki ialah kemengan di Akhirat.

2) Bahawa jalan-jalan lain selain daripada jalan-Ku , adalah sia-sia dan sesat. Apabila kamu mahu menempuh jalan-Ku ini, kelak kamu bukan sahaja akan menikmati kesenangan duniawi bahkan Aku akan berikan ganjaran di waktu kamu akan kembali kepada-Ku iaitu suatu tempat bernama syurga. Di situ kamu akan menikamati kesenangan abadi dan kepuasan berpanjangan tanpa susah payah atau sukar. Sebaliknya jika kamu mahu menempuh jalan lain, selain jalan-Ku, maka kelak kamu bukan sahaja akan merasakan keluh kesah dan menderita dengan bala bencana serta kerosakan di bumi seperti yang berlaku di hari ini. Bahkan di waktu kamu telah merasa azab siksa abadi. Di situ kamu akan menderita berpanjangan dan berduka nestapa tidak berpenghujung dan tidak berakhir.

Begitulah sebenarnya tugas kita sebagai seorang hamba Allah. Walaupun kita merupakan hamba namun Allah tetap mengiktiraf hamba ini untuk memimpin serta meneraju bumi ini. Maka janganlah kita merasa terlalu merendah diri dengan hanya beruzlah untuk melakukan ibadah secara sendirian semata-mata untuk melakukan tugas sebagai hamba. Namun, banyak lagi yang perlu kita fikirkan serta kita lakukan untuk meyempurnakan tugas yang Allah telah ditaklifkan kepada hambanya. Oleh itu, setiap jiwa-jiwa ini harus sedar dan bangun untuk menjadikan seluruh gerak-geri kita(makan,tidur,jalan,main dll) tidak lari daripada melaksanakan tugas sebagai hamba dan juga khalifah. Dengan itu, menjadikan kita ini tidak punya masa untuk bersenang lenang kerana sibuk dalam mengerjakan ibadah kepada Allah. Sesungguhnya itulah amal yang paling manis apabila kita menyedari tugas ini dan melaksanakannya. Ingatlah, 'innallaha ma’as sobirin'.


Wallahu "alam..
Sekian untuk kali ini..Selamat Berjuang Sahabatku..

No comments:

Post a Comment