Monday, March 29, 2010

JOM menghayati kisah NATRAH!!!

Mari beramai-ramai kita mengenali, menghayati, menyoroti, mengambil pengajaran di sebalik kisah NATRAH pada :
Hari      : Sabtu
Tarikh   : 10 April 2010
Masa    : 9.00am-1.00pm
Tempat : Masjid Qariah Sikamat, Seremban
Pembentang : Datin Fatini Yaacob
Anjuran  : Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Seremban, Bahagian Pengurusan Masjid & Surau JHEAINS

Sedikit info mengenai NATRAH :


Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.
Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.
Beliau meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda.
Rusuhan Natrah atau Tragedi Natrah, Rusuhan Maria Hertogh berlaku di Singapura pada 12 Disember 1950. Tragedi bertitik tolak dari keputusan mahkamah bahawa Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda dan bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah yang sudah diIslamkan telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian. Keputusan ini mengecewakan masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu apabila Natrah akan dimurtadkan.
Seramai 18 orang terbunuh/mati syahid dan 173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan polis British. Mana-mana warga British di Singapura telah diserang. Bangunan dan kereta berhampiran padang dekat mahkamah telah dibakar. Tumpuan utama ialah Masjid Sultan di Singapura.
Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama 2 hari 2 malam. ISA telah digunakan dengan sebaik-baknya bagi membendung keganasan merebak.

Antara petikan kata-kata lelaki Islam ketika Tragedi Natrah :-

Pada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah, Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British.
Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha 
"ko orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan aqidah seorang anak yang menyebut kalimah "LAILAHAILLALLAH", adakah kamu yang menyebut kalimah LAILAHAILLALLAH juga ingin menghalang aku? kamu halanglah, aku tetap akan pergi....."
Dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia..Inspektor Taha menyatakan
"Demi ALLAH aku akan bersama kamu hari ini!!"
Laungan Allahuakbar bergema di setiap sudut..Inspektor Taha terus menyerbu masuk ke dalam mahkamah bersama-sama orang Melayu. Lalu datang askar British menembak orang-orang Melayu. Mengalir darah orang Melayu di tangga mahkamah tinggi SIngapura. Seramai 18 orang telah gugur syahid.


Ingin tahu lebih lanjut mengenai kisah ini, hadirlah ke seminar 60 tahun Pasca Tragedi Natrah dalam menghayati perjuangan bangsa dan agama di sebalik kisah ini..Ayuh, sertainya!!!..masuk percuma..

No comments:

Post a Comment