Thursday, November 18, 2010

Makna At Tadhiyyah


Sempena kita menyambut Eidul Adha ataupun Hari Raya Korban, marilah kita sama-sama hayati dan praktikkan apakah yang dituntut sebenarnya oleh at-tadhiyah(berkorban) itu sendiri. Petikan ini merupakan salah satu tajuk dalam buku Majmu'ah Rasail Imam Hasan al Banna Rahimahullah, dalam bab Risalah Ta'lim, dalam bahagian Rukun Bai'ah :

Berkorban (Tadhiyyah)
Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Berkorban:
Berkorban ialah menyerahkan jiwa dan harta, masa dan nyawa serta segala-galanya demi mencapai matlamat. Di dunia ini tiada jihad yang tidak menuntut pengorbanan. Segala pengorbanan yang disumbangkan demi
gagasan ini tidak akan disia-siakan sebaliknya akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pahala yang lebih baik. Sesiapa yang tidak mahu berkorban bersama kita dia akan menanggung dosa.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka. (Al-Taubah: 111)

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu… (Al-Taubah: 24)

Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah.. (Al-Taubah: 120)

Jika kamu taat (menjalankan perintah Allah ini), Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik. (Al-Fath: 16)
Dengan ini anda memahami apakah yang dimaksudkan setiap kali anda melaungkan:
“Mati di jalan Allah adalah cita-cita utama kami.”

Oleh itu, kita mengerti bahawa segala perjuangan ini menuntut pengorbanan. Dengan itu, mari kita muhasabah diri kita, sejauh mana kita telah menyerahkan diri kita untuk agama ini. Sama-sama kita tanamkan azam baru untuk lebih berkorban segala apa yang ada pada diri kita untuk mencapai darjat kemuliaan disisi Allah SWT. InsyaAllah....

No comments:

Post a Comment