Liqo’, Halaqoh, mahupun Usrah merupakan satu perkara yang membawa maksud yang sama. Ia merupakan salah satu daripada wahana tarbiyah sepertimana yang telah digariskan oleh Mujaddid Islam abad ke-20, Imam Assyahid Hasan Al Banna. Memang jelas, daripada wahana-wahana tersebut, usrah merupakan nadi yang terpenting dalam urusan tarbiyah ini. Namun begitu, wahana yang lain turut diperlukan bagi melincirkan pergerakan tarbiyah seperti mukhayyam, rehlah, daurah dan lain-lain lagi.
Kegiatan tarbiyah yang efektif adalah manhaj yang tidak boleh ditinggalkan. Itulah usrah. Dan ketua bagi usrah digelar murabbi. Murabbi adalah naqib yang berperanan besar dalam menjayakan wadah asuhan ini. Murabbi berperanan dalam mencapai tugas-tugas besar dan tujuan-tujuan yang telah digariskan. Dengan menjadikan kejelasan fikrah, kesatuan persepsi dan perilaku, kesatuan tujuan dan hasil, dan kesatuan target maka kepercayaan serta kejelasan tentang persoalan-persoalan semasa akan menjadi jelas.
Semoga kita termasuk hamba-hambaNya yang tetap kukuh berpegang pada ajaranNya. Ini adalah hari-hari yang bahagia. Kebahagian yang datang saat kita kita mampu bersujud kepadaNya. Kebahagian yang datang bersama istigfar atas selautan dosa. Dan kebahagian yang datang tika mulut mampu melafazkan kalimah-kalimah suci Al Quran. Terasa begitu indah hidup ini. Inilah kebahagian.
Berbahagialah kerana kita sudah berada di bulan Sya’ban. Bulan pemisah antara Rejab dan Ramadhan. Tidak lama lagi akan menjelmalah bulan yang sangat dirindukan. Bulan yang mulia, suci, penuh rahmat, bulan penuh maghfirah, bulan ibadah, bulan jihad. Itulah Ramadhan. Lalu berdoalah, ‘Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban. Dan sampaikanlah usia kami hingga bulan Ramdhan’.
Semoga kasih sayang Nya tetap bersama kita. Nikmat Islam dan Iman itu amatlah besar jika kita seorang yang reti bersyukur. Dan bersyukurlah kepada Nya kerana mengizinkan kita untuk menggunakan segala yang diciptakanNya sebagai pelancar dan pelincir dalam hidup ini. Jika tidak, pastilah tidak keruan jadinya hidup manusia.
Jika kita seorang pemerhati, pengamat, penilai kejadian Tuhan, apa yang kita lihat pada air terjun? Batu itu dijadikan sifatnya sangat keras, besar, kuat malah bisa saja mencederakan. Manakala air pula sifatnya mengalir sangat lembut. Tetapi sekeras-keras sifat batu itu bisa saja ia hancur dek kerana air yang lembut. Jika kita lihat subjek geografi, bagaimana terjadinya gerbang, gua adalah kerana air yang menghentam pada batu. Adakah ini satu kebetulan?
Ikhwah sekalian,
Jelas, pada air dan batu itu wujud sebuah interaksi antara dua ciptaan Allah yang paradoks. Mereka berinteraksi bagi mewujudkan keharmonian alam tetapi bukan untuk mencapai pertelingkahan. Interaksi
Seandainya ada soalan yang menanyakan, ‘apakah yang paling berharga dalam kehidupan anda?’. Apakah jawapan yang akan kita berikan?. Harta? Anak-anak? Kecantikan? Ilmu? Kesihatan?. Mana satu yang akan kita jawab?
Mungkin segala sesuatu itu dapat dikatakan berharga, namun tidak ada yang paling berharga. Semuanya tidak ada yang menyamai berharganya waktu dalam kehidupan kita. Memang benar, sesuatu yang paling berharga dalam kehidupan kita setelah keislaman kita adalah waktu.
Sebab itulah kita melihat banyak ayat-ayat Allah bersumpah mengenai masa ataupun zaman. ‘Demi Masa’, Demi Fajar’, ‘Demi Malam apabila menutupi dan siang apabila terang benderang’ merupakan contoh yang Allah bersumpah dengan masa. Namun, apakah signifikannya masa ataupun waktu ini kepada seorang manusia terutama sebagai seorang Muslim.
Saudara sekalian,
Apakah kita tahu bahawa satu penemuan penting yang menjadi perhatian kaum Muslimin di awal kegemilangannya adalah jam? Kaum Muslimin pada saat itu sangat memerhatikan masalah waktu lalu mengembangkannya, meletakkannya di lapangan umum dan juga di ruangan istana. Jam, waktu adalah sesuatu yang sangat berharga di hati kaum Muslimin sebenarnya.
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aman Palestin Berhad dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan Rapat Umum Solidariti ‘End The Siege’ seperti berikut:
Tempat: Di depan Kedutaan Turki, Kuala Lumpur
Tarikh: 4hb Jun 2010
Masa: 11 pagi
Rapat umum ini bertujuan memberi sokongan kepada kerajaan Turki, rakyat dan para syuhada’nya dalam usaha mereka menghentikan kepungan yang dikenakan ke atas Gaza sejak sekian tahun.
Alhamdulillah atas segala nikmat dan rezeki yang tidak terhitung daripadaNya. Syukur juga keran pada dunia hari ini kita mampu melakukan apa sahaja tanpa perlu bersusah payah dengan wujudnya teknologi yang serba canggih. Bak kata orang, dunia di hujung jari. Itulah internet.
Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan pembina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya. Internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat intraktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.
Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud: Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.(an Nisa’ 165)
Dan firman maksudnya: dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.(al Baqarah 143).