Friday, February 26, 2010

Sunnah Berdakwah


Disebalik kesibukan orang ramai menyambut suatu tarikh keramat yang begitu bersejarah bagi umat Islam iaitu kelahiran Rasulullah yang agung. Marilah kita sama-sama ikhlaskan niat kita menyambutnya kerana ibadah semata-mata kerana Allah dan bukan kerana adat kebiasaan orang kita yang meraikannya saban tahun. Namun, yang sebenarnya dituntut ialah pengamalan sunnah Nabi SAW dalam kehidupan kita. Kerana sesungghunya Allah telah berfirman 'Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik contoh..'. Itulah dia seorang insan yang mulia yang akhlaknya merupakan AlQuran. Moga dengan peristiwa mengingati kelahiran insan mulia ini semakin menyemarakkan semangat rasa sayang serta cinta untuk mengamalkan sunnah yang ditinggalkannya.

Antara sunnah yang besar dan amat payah untuk diaplikasikan oleh masyarakat sekarang ialah sunnah berdakwah. Walhal, tanpa dakwah nabi mana mungkin kita akan mengenal Islam pada hari ini. Mungkin mereka yang tidak berminat dengan sunnah ini tidak mengerti, tidak memahami peri pentingnya sunnah ini untuk terus diamalkan oleh setiap insan. oleh itu, untuk berdakwah kita perlulah mencontohi apa yang telah dilakukan Rasulullah.

Wednesday, February 10, 2010

TARBIYAH : Institusi yang Mulia


Semoga hidayah Allah tetap melimpahi kita. Mari pererat lagi tangan-tangan kita. Dekatkan lagi. Bersama-sama menghimpun tekad untuk melangkah bersama mengharungi dinding hidup dan jalan perjuangan yang semakin mencabar. Jangan lepaskan tangan saudaramu dari jalan ini. Sambut dan tarik dia untuk tetap berada di jalan ini agar tidak jatuh.

Teman-teman,
Sesungguhnya Allah telah berfirman didalam surah Al Hujuraat ayat ke 13 yang bermaksud, ‘sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling tinggi takwanya’. Takwa itu lahir dari hati dan diserlahkan dengan perlakuan. Maka manusia hanya akan mampu menilai takwa seseorang yang lain hanya dari sudut pandang tindak tanduknya. Kerana sesungguhnya manusia tidak mampu untuk mencapai hati seseorang. Oleh itu, ketahuilah bahawa Allah mengetahui segala-galanya.

Rasulullah SAW merupakan satu role model yang begitu ideal bagi kita. Baginda juga merupakan insan yang mulia. Berikutnya, sahabat-sahabat yang sudah jelas kemuliaannya lahir daripada sebuah institusi yang didukung oleh Rasulullah. Mereka termasuklah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan lain-lain lagi. Natijahnya, daripada institusi inilah peradaban Islam terpancar terang dan merubah dunia dengan segala polanya. Graduan-graduan yang keluar dari institusi inilah yang menjadikan Islam itu sebagai kuasa utama dunia. Subhanallah.

Tuesday, February 2, 2010

Di Mana MELAYU???

Di mana boleh mencari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Dan pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu
Sambil makan junk food, kuaci, dan maruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu