Salam rindu dan perjuangan..
Liqo’, Halaqoh, mahupun Usrah merupakan satu perkara yang membawa maksud yang sama. Ia merupakan salah satu daripada wahana tarbiyah sepertimana yang telah digariskan oleh Mujaddid Islam abad ke-20, Imam Assyahid Hasan Al Banna. Memang jelas, daripada wahana-wahana tersebut, usrah merupakan nadi yang terpenting dalam urusan tarbiyah ini. Namun begitu, wahana yang lain turut diperlukan bagi melincirkan pergerakan tarbiyah seperti mukhayyam, rehlah, daurah dan lain-lain lagi.
Kegiatan tarbiyah yang efektif adalah manhaj yang tidak boleh ditinggalkan. Itulah usrah. Dan ketua bagi usrah digelar murabbi. Murabbi adalah naqib yang berperanan besar dalam menjayakan wadah asuhan ini. Murabbi berperanan dalam mencapai tugas-tugas besar dan tujuan-tujuan yang telah digariskan. Dengan menjadikan
kejelasan fikrah, kesatuan persepsi dan perilaku, kesatuan tujuan dan hasil, dan kesatuan target maka kepercayaan serta kejelasan tentang persoalan-persoalan semasa akan menjadi jelas.