Tuesday, January 14, 2014

Amthal(Perumpamaan) bagi mereka yang berfikir

Ketika anak-anak bangsa tak lagi mampu memahami sindiran-sindiran, pepatah-pepatah, ataupun kias metafora, maka kiamat bangsa itu sudah di ambang pintu. Tentu saja tidak dimaksudkan dengan kiamat itu sebagai kehancuran fizikal, melainkan ianya kiamat nilai-nilai mulia yang selama ini mereka hayati. Mereka telah hidup dalam dimensi-dimensi kebendaan yang pekat, dominan, dan reflek. Al Quran melancarkan seruan-seruannya dengan sebahagiannya berbentuk amthal(perumpamaan), sebagaimana firman Allah SWT,
وتلك الأمثال نضربها للناس وما يعقلها إلا العالمون
“Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia dan tidak ada yang akan memahaminya kecuali mereka yang berilmu” (Al Ankabut:43)

Jika para perasuah punyai kulit wajah yang nipis dan urat yang lembut untuk memahami sindiran halus, nescaya mereka akan malu untuk merompak kekayaan bangsa. Akan tetapi, sayang seribu kali sayang, keadaan mereka telah sampai ketahap seperti yang dikatakan orang, muka tembok urat badak sehingga tidak cukup sensitif terhadap penderitaan rakyat. Sindiran-sindiran itu sudah terlalu kasar bila ditampilkan dalam bentuk pidato, demonstrasi, puisi, risalah, lagu-lagu ataupun lakonan.

 Semut yang dikenal rajin, berdisiplin dan tersusun, memang selalu mengumpulkan makanan untuk jangka masa yang lebih panjang dari usia mereka sendiri. Perkara itu dilakukan bagi memenuhi idea atau tuntunan nasional semut sejagat, dan bukan untuk kerakusan peribadi.

Renungan terhadap alam yang santun, tumbuh-tumbuhan yang menyubur, serta haiwan-haiwan yang unik pasti akan menemui sesuatu bagi mereka yang melihat dan menilai dengan mata hati mereka. Cukup dengan bercerminkan alam, tetapi,
وكأين من ءاية في السماوات والأرض يمرون عليها وهم عنها معرضون ٠ وما يؤمن أكثرهم بالله إلا وهم مشركون ٠
“Dan berapa banyak tanda-tanda di langit dan di bumi yang mereka lalui, namun mereka berpaling daripadaNya. Dan kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah, bahkan mereka mempersekutukanNya.” (Surah Yusuf : 105-106)

Amthal 1 : Penenun yang mengoyak tenunannya

Monday, March 12, 2012

Atas Dasar Iman...

La ilaha illallah. Tidak ada tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Tidak ada yang layak ditakuti kecuali Allah. Tidak ada yang layak diikuti melainkan Allah. Tidak ada yang patut dicintai melebihi Allah. Tunduk, pasrah dan tawakal hanya kepada Allah. Kalimat inilah yang sungguh-sungguh akan menguatkan diri kita di mana dan bila-bila sahaja.

Saudaraku,
Mari resapi kandungan dan makna kalimah tauhid itu. Renungkanlah bagaimana Rasulullah dan para sahabatnya dengan cermat menanamkan keyakinan yang begitu kukuh dalam diri anak-anak mereka. Agar mereka sejak kecil tidak keliru menempatkan perasaan tunduk dan patuh kepada selain Allah. Agar mereka sejak usia belia tidak keliru menyingkapi rasa takut kepada selain Allah. Agar mereka sejak kanak-kanak telah mampu mewarnai diri dengan segenap perasaan yang selalu berdekatan dengan keberadaan Allah. Ibnu Umar pernah meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah, ‘Jangan acukan tongkat pada anak-anakmu(agar dia takut kepadamu). Tapi jadikanlah mereka takut kepada Allah’.


Jadi, topik ini dimulakan dengan dua kisah daripada Al Quran yang cukup memberi makna kepada mereka yang menghayatinya.

Thursday, December 23, 2010

INTROSPEKSI DALAM BELAJAR

Salam rindu dan salam perjuangan.
Syukur kepadaNya kerana memberikan kesempatan untuk penulis menulis sebuah lagi artikel dalam blog ini. Introspeksi yang dimaksudkan diatas adalah muhasabah diri. Selamat membaca. Moga bermanfaat.


Dari kecil kita dididik untuk menuntut ilmu. Ada yang sejak umurnya 3 tahun sudah belajar di sekolah. Ada yang sejak umur 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Alhamdulillah, syukur kita panjatkan kepada Al Khaliq kerana mengurniakan kepada kita terutama rakyat Malaysia kerana diberi kepekaan kepada ibu bapa kita dan kepada kita sendiri untuk sedar akan kepentingan menuntut ilmu sejak kecil lagi. Semoga segala ilmu yang diperolehi  mampu meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah.'واتقوا الله ويعلمكم الله'

Sebelum kita pergi lebih jauh dalam tajuk ini, penulis suka untuk kita sama-sama muhasabah kembali diri kita. Beberapa soalan ini, tanyalah diri kita sendiri. Siapakah kita? Dan kita hidup nak apa sebenarnya? Beberapa bait syair karangan Dr Yusuf Qardawi mengingatkan kita mengenai hakikat ini.

Persoalan yang di soal oleh orang yang tertanya-tanya
Semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir
Dari manakah aku datang?Ke manakah aku hendak pergi?
Kenapa aku dijadikan? Adakah aku hidup kembali?

Fikir kembali siapakah kita sebenarnya dan kita nak apa sebenarnya. Persoalan ini akan membuatkan kita jelas dan yakin bahawa hidup kita ini tidak sia-sia.

Thursday, November 18, 2010

Makna At Tadhiyyah


Sempena kita menyambut Eidul Adha ataupun Hari Raya Korban, marilah kita sama-sama hayati dan praktikkan apakah yang dituntut sebenarnya oleh at-tadhiyah(berkorban) itu sendiri. Petikan ini merupakan salah satu tajuk dalam buku Majmu'ah Rasail Imam Hasan al Banna Rahimahullah, dalam bab Risalah Ta'lim, dalam bahagian Rukun Bai'ah :

Berkorban (Tadhiyyah)
Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Berkorban:
Berkorban ialah menyerahkan jiwa dan harta, masa dan nyawa serta segala-galanya demi mencapai matlamat. Di dunia ini tiada jihad yang tidak menuntut pengorbanan. Segala pengorbanan yang disumbangkan demi

Saturday, November 13, 2010

'Inilah AKU'

Wahai muslim yang mempunyai mata

Tidakkah kamu lihat kanak-kanak kecil itu


Tidak tahu apa-apa tentang dirinya sendiri
 

Telinganya tidak mengerti maksud lagu yang diperdengarkan kepadanya
 

Dia hanya bisa merengek dan meronta-ronta
 

Alam ini menolong manusia untuk melihat segala sesuatu
 

Tetapi mereka tidak dapat melihat dirinya sendiri
 

Setelah bersusah payah menarik tali, barulah nyata kepadanya
 

Setelah kedua belah tangannya membuka ikatan
 

Lalu matanya melihat dirinya berpekik,
 

Sambil menepuk dadanya dan dia berkata: “Inilah aku!”
 

‘Aku’ itulah bermulanya hidup
 

Inilah bahasa kebangkitan untuk kembalinya hidup ini.


nukilan : Ibid

Thursday, September 9, 2010

SALAM LEBARAN!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapakan semua pengunjung blog ini dan uga kepada semua umat Islam amnya. Moga tarbiyah Ramadhan menjadikan kita lebih mengenali diri kita lantas bertekad untuk terus beramal dan berjuang untuk melunaskan segala tanggungjawab yang masih banyak dan belum dilaksanakan. Maka, diri ini memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan diri. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!

Friday, August 13, 2010

Kebahagiaan itu.....



Dr. Yusuf Al-Qaradhawi telah berkata :

“Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah, anda hidup
Untuk pemikiran yang benar dan kukuh
Untuk akidah terbesar yang menyelesaikan,
Permasalahan alam yang lampau
Persoalan yang disoal oleh orang yang tertanya-tanya
Semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir

Tuesday, August 3, 2010

Indahnya Usrah..

Salam rindu dan perjuangan..

Liqo’, Halaqoh, mahupun Usrah merupakan satu perkara yang membawa maksud yang sama. Ia merupakan salah satu daripada wahana tarbiyah sepertimana yang telah digariskan oleh Mujaddid Islam abad ke-20, Imam Assyahid Hasan Al Banna. Memang jelas, daripada wahana-wahana tersebut, usrah merupakan nadi yang terpenting dalam urusan tarbiyah ini. Namun begitu, wahana yang lain turut diperlukan bagi melincirkan pergerakan tarbiyah seperti mukhayyam, rehlah, daurah dan lain-lain lagi.

Kegiatan tarbiyah yang efektif adalah manhaj yang tidak boleh ditinggalkan. Itulah usrah. Dan ketua bagi usrah digelar murabbi. Murabbi adalah naqib yang berperanan besar dalam menjayakan wadah asuhan ini. Murabbi berperanan dalam mencapai tugas-tugas besar dan tujuan-tujuan yang telah digariskan. Dengan menjadikan kejelasan fikrah, kesatuan persepsi dan perilaku, kesatuan tujuan dan hasil, dan kesatuan target maka kepercayaan serta kejelasan tentang persoalan-persoalan semasa akan menjadi jelas.

Tuesday, July 20, 2010

'Allahumma Ballighna Ramadhan…'


Assalamualaikum semua..

Semoga kita termasuk hamba-hambaNya yang tetap kukuh berpegang pada ajaranNya. Ini adalah hari-hari yang bahagia. Kebahagian yang datang saat kita kita mampu bersujud kepadaNya. Kebahagian yang datang bersama istigfar atas selautan dosa. Dan kebahagian yang datang tika mulut mampu melafazkan kalimah-kalimah suci Al Quran. Terasa begitu indah hidup ini. Inilah kebahagian.

Berbahagialah kerana kita sudah berada di bulan Sya’ban. Bulan pemisah antara Rejab dan Ramadhan. Tidak lama lagi akan menjelmalah bulan yang sangat dirindukan. Bulan yang mulia, suci, penuh rahmat, bulan penuh maghfirah, bulan ibadah, bulan jihad. Itulah Ramadhan. Lalu berdoalah, ‘Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban. Dan sampaikanlah usia kami hingga bulan Ramdhan’.