Wednesday, April 28, 2010

Tomorrow for Islam

Salam buat semua,

Moga hari ini lebih baik daripada semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya dan tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat. Ramai dalam kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya fitnah dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran berleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada didalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur/gambaran yang silap mengenai Islam dan semestinya perlu diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba menghapuskannya.Firman Allah Ta'ala, 'Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya walaupun orang kafir tidak menyukai'(attaubah:32)

Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi

Friday, April 16, 2010

Tidak boleh lari dari Tanggungjawab!!

Salam rindu dan perjuangan,

Kini, tidak ada ibadah yang lebih utama melainkan usaha membebaskan masyarakat daripada kekeliruan dan perhambaan yang telah berakar umbi dalam jiwa. Segala ciri kekufuran dan jahiliyah yang begitu lama ditanam dalam pemikiran dan jiwa harus dibersihkan agar yang haq dapat bertapak dengan mudah. Untuk matlamat ini, Islam memerlukan du’at(pendakwah-pendakwah) yang bertaqwa di segenap penjuru dunia Islam. Du’at yang tidak mugkin akan meningglakn perjuangan mereka hingga ke akhir hayat.

Sejarah telah membuktikan bahawa para pejuang dan du’at yang seperti inilah sahaja yang dapat berkhidmat untuk Islam di sepanjang hayat mereka dan mengembalikan Islam ke tempat yang adil. Sejarah sentiasa berulang dan akan berulang lagi. Sejarah akan menyaksikan bahawa kesungguhan, kebijaksanaan, kegigihan, dan ketekunan melaksanakan dakwah dimiliki oleh mereka yang faham dan menerima hakikat kebenaran serta kekuatan Islam.