Wednesday, December 30, 2009

BANGKITLAH SAUDARAKU!!

Cepat sekali waktu berlalu. Saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, detik demi detik, berlalu bergerak meninggalkan penanti masa. Tak pernah berhenti. Waktu tak dapat ditunda, tak dapat ditahan, dan sama sekali tak akan berulang. Maka dengan jelas menandakan umur kita semakin dekat dengan ajal. AllahuAkbar..

Saudaraku,

Apa yang perlu difikirkan sebenarnya adalah adakah pemergian serta penggiliran waktu itu bermaksud diri kita semakin hampir dengan kenikkmatan syurga? ataupun semakin mendekatkan diri kita dengan keperitan hidup di neraka?..
Zaman sudah banyak mengajar kita. Bumi ini sudah tercipta sejak sebelum Nabi Adam A.S lagi. Banyak bangsa yang menguasai bumi dan banyak juga yang musnah sehinggalah ke saat ini, perebutan kuasa untuk menguasai bumi semakin rancak beerlaku seiring peredaran zaman. Apatah lagi dengan perkembangan teknologi yang ada sekarang. Siapa yang tidak mengenali Amerika, Israel yang beragama yahudi dan kristian dilabel sebagai penguasa dunia sekarang. Bahkan bumi-bumi Islam pula yang ditindas oleh mereka dengan menimmbulkan fitnah yang melabel Islam sebagai pengganas.
Namun, hanya 1 kebenaran yang pasti mampu menyelamatkan manusia seluruhnya. Itulah Islam. Masih ingatkah kita, Islam pernah menguasai 2/3 dunia suatu ketika dahulu? Masih ingatkah kita, Islam pernah menjadi tamadun yang bukan sahaja gilang-gemilang malah terbilang apabila menjadi rujukan dunia lain pada suatu ketika dahulu? Masih ingatkah kita, Islam merupakan suatu kuasa besar yang amat digeruni kerajaan-kerajaan lain suatu ketika dahulu?..

Kenapa demikian? Tidak boleh tidak, mereka pada masa dahulu hidup berlandaskan al-Quran, beracukan sunnah serta hadith Rasulullah SAW serta tidak takut melainkan hanya kepada Allah. Merekalah yang telah menegakkan kebenaran di atas kebatilan, menjulang kemuliaan di atas kehinaan, menyerlahkan putik-putik amal kebaikan serta melenyapkan kemaksiatan.

Zaman Rasulullah yang agung, para sahabat yang mulia, para salafussaleh yang dikasihi Allah serta yang lain-lain telah memancarkan cahaya yang bukan sahaja lebih terang daripada pelita ataupun lampu kalimantang mahupun spotlight, bahkan lebih terang daripada bintang terbesar iaitu matahari. Subhanallah. Memang tidak boleh dinafikan disebabkan usaha merekalah kita mampu mengenal Islam. Kerana kudrat merekalah kita beriman kepada Allah serta kerana perjuangan merekalah hidup ini terasa begitu indah sekali. Mereka telah menanam biji benih yang elok, cantik, segar dan kitalah yang telah memakannya.

Dan hakikat ini tidak terhenti disitu sahaja. Selanjutnya, kita juga perlu menanam dan orang-orang setelah kita pula yang memakannya. Begitulah kehendaknya. Oleh itu, perjuangan ini tidak semudah A,B,C, tidak sesenang 1,2,3, tetapi ianya memerlukan kita untuk memerah keringat, mempersembahkan jiwa dan raga, menyaksikan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur dalam melalui jalan ini. Semua ini perlu diteruskan sehinggalah aqidah Islam tertanam serta terpasak didalam lubuk hati setiap insan justeru membebaskan mereka daripada gelora ombak serta ganasnya kehidupan yang menghanyutkan. Allahuakbar!!

Sidang pembaca sekalian,

Sesungguhnya tidak ada yang lebih indah lagi selain melihat Islam kembali menguasai dunia dan menjadi mahaguru kepada dunia. Namun, cita-cita itu memerlukan rijal,pemuda-pemuda serta pejuang-pejuang Islam yang tulus ikhlas mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit, dan segala-galanya untuk jalan ini. Sungguh, pastinya ada kebahagiaan yang begitu mendalam dalam hati saat kita mampu membimbing mereka yang terhuyung-hayang dalam kehidupan kembali berjalan dengan baik, tegap, dan lancar. Suatu kebanggaan, kemulian apabila kita berjaya meluruskan langkah mereka yang bengkok itu. Sebagaimana sabda nabi SAW, “moga dengan usaha kamu, seseorang mendapat hidayah adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya”.

Saudaraku,

Tidak ada jalan lain lagi selain jalan Islam yang suci ini. Tidak ada method/kaedah lain lagi selain kita beramal,bekerja,berusaha dalam medan dakwah ini. Tidak ada lagi jalan yang selamat kecuali jalan ini. Semoga dengan usaha kita dalam menyelusuri jalan ini, Allah akan meletakkan kita ke puncak kemuliaan di dunia dan akhirat serta mengizinkan kita untuk menghidu serta menghirup kenikmatan-kenikmatan di syurga tertinggi, syurga firdaus. Ayuh, mari kita dendangkan lagu jihad, melaungkan puisi semangat membangkitkan Islam. ALLAHUAKBAR!!!..

AHLAN WASAHLAN!!!

Selamat datang ke blog nidaul jihad ini. Semoga dengan adanya blog ini akan menjadi wadah untuk kita sama-sama merenung diri, mempertingkatkan amal untuk merasai kemanisannya. Blog yang ringkas ini juga tidak lain dan tidak bukan adalah salah satu daripada wasilah-wasilah dalam medan dakwah zaman kini. Jadi, harap semua yang baik daripada blog ini akan memberi manfaat bagi kita semua. InsyaAllah. Dan seribu kemaafan dipohon jika ada yang tersalah dan tersilap dalam blog ini. Maka, komen dan cadangan kalian harap dapat memantapkan blog ini lagi. Jazakallah..